Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berkas Empat Lelaki Rampas Barangan Curi Bernilai Leb

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ledang, 3 Mac - Polis memberkas sekumpulan empat lelaki berusia antara 23 hingga 53 tahun dan menemui sejumlah barangan curi termasuk dua buah kereta, masing-masing jenis Toyota Camry dan Perodua Viva..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-empat-lelaki-rampas-barangan-curi-bernilai-leb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:53 MYT

Ledang, 3 Mac - Polis memberkas sekumpulan empat lelaki berusia antara 23 hingga 53 tahun dan menemui sejumlah barangan curi termasuk dua buah kereta, masing-masing jenis Toyota Camry dan Perodua Viva, kesemuanya bernilai lebih RM220,000 dalam satu serbuan di Gersek, Bukit Gambir di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ledang Supt Mohamed Salleh Abd Razak berkata kenderaan jenis Toyota Camry model baharu berharga RM160,000 yang ditemui itu dilaporkan hilang di Johor Baharu tahun lalu manakala Perodua Viva pula milik seorang lelaki dari Taman Setia, Rawang, Sungai Mati.

Beliau berkata barangan lain yang ditemui termasuk sebuah komputer riba, televisyen 42 inci dan telefon bimbit yang dilaporkan turut hilang dari sebuah rumah di Taman Setia, Rawang, Sungai Mati di sini.

Kesemua lelaki itu direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak pada hari yang sama (esok), kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Siasatan lanjut mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai kesalahan lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah.

Pada 25 Feb lalu, polis Ledang yang menerima maklumat daripada orang awam telah membuat serbuan kira-kira pukul 4 petang ke atas sebuah premis di Pekan Gersek, Bukit Gambir.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM