Tawau,
3 Feb - Dua lelaki ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam
cubaan mengedar dadah di kawasan muara dekat sini malam semalam.
Komander
PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad bin Madun berkata pihaknya menemui dadah
jenis syabu seberat 1,042.70gram yang dianggarkan bernilai RM 200,000
dalam sebuah beg galas yang dibawa oleh salah seorang suspek yang
ditahan di atas sebuah bot di muara sungai Kampung Ice Box.
Kedua-dua suspek yang merupakan warga Indonesia dan barang dirampas dibawa ke pejabat PPM untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Dua Lelaki Edar Syabu Ditahan
Tawau, 3 Feb - Dua lelaki ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam cubaan mengedar dadah di kawasan muara dekat sini malam semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-edar-syabu-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.