Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Duta Kecil Perlu Amal Konsep 4p

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepang - 14 Disember 2010. YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali iaitu Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) yang mewakili Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM menyeru supaya pegawai ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/duta-kecil-perlu-amal-konsep-4p
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:01 MYT

Sepang - 14 Disember 2010.

YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali iaitu Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) yang mewakili Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM menyeru supaya pegawai dan anggota PDRM yang merupakan 'duta kecil' sentiasa berdisiplin dan berhati-hati semasa menjalankan tugas di sana nanti. Konsep 4P (Performance, Protective, Proactive & People Oriented) yang baru diperkenalkan oleh YDH Ketua Polis Negara juga diharapkan akan dapat diamalkan walaupun bertugas di tempat orang. Tambah beliau lagi, 'duta kecil' ini perlu berpegang kepada pepatah Melayu, 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' dan 'Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya'.

Ucapan tersebut disampaikan dalam satu majlis sempena pelepasan seramai 25 orang pegawai dan anggota PDRM ke Darfur, Sudan bagi Misi PBB United Nations African Union Mission In Darfur (UNAMID) dan United Nations Mission In Sudan (UNMIS). Keberangkatan mereka untuk tempoh satu tahun adalah bagi menggantikan 25 pegawai dan anggota United Nations Police Officer (UNPOL) yang telah pulang ke tanah air pada 15 September 2010 yang lalu.

Rombongan seramai 25 pegawai dan anggota ini diketuai oleh SUPT Hj Hanafi bin Hj Daud adalah sebagai pasukan pengaman yang akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah digariskan oleh PBB.

Penglibatan Polis Diraja Malaysia dalam Misi PBB telah bermula dengan penghantaran 14 pegawai dan anggota pada 13 Ogos 1991 lagi. Ianya berterusan sehingga kini dengan jumlah pegawai dan anggota yang sedang bertugas di misi PBB pada masa ini adalah seramai 243 orang. Sehingga kini, sejak tahun 1991 , PDRM telah menghantar 2,996 pegawai dan anggota di 12 buah negara meliputi Angola, Kemboja, Sahara, Croatia, Somalia, Afganistan, Sierra Leone, Bosnia Herzegovina, Mozambique, Kosovo, Timor Leste dan juga negara Sudan.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali bersama DSP Zainuddin bin Kasim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang.

Duta Kecil Perlu Amal Konsep 4p
YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali menyampaikan amanat kepada para rombongan..

Duta Kecil Perlu Amal Konsep 4p
SUPT Hj Hanafi bin Hj Daud mengetuai lafaz bacaan ikrar..

Duta Kecil Perlu Amal Konsep 4p
YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali bersalaman dengan rombongan yang akan berlepas..

Duta Kecil Perlu Amal Konsep 4p
Bermesra dengan ahli keluarga sebelum berlepas.

Jurufoto     : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Wartawan   : L/Kpl Mohd Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM