
Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Kuala Lumpur - 16 Disember 2010.
Inter Forces Games
2010, acara sukan yang bermula pada 14 Disember hingga 17 Disember 2010
antara pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Singapore Police Force
(SPF) telah menutup tirainya pada hari ini. Majlis Grand Dinner telah
diadakan di Orchid Ballroom, Park Royal Hotel Bukit Bintang pada malam
ini.
Majlis
ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin
Haji Omar dan CP Singapore, Mr. Ng Joo Hee. Ketua Polis Negara selaku
Presiden Majlis Sukan PDRM berharap hubungan di antara PDRM dan SPF akan
lebih erat lagi melalui Inter Forces Games. Ia diibaratkan sebagai satu
platform yang berkesan dalam membina jambatan serta memperbaiki
hubungan yang telah lama terjalin antara agensi penguatkuasa
undang-undang Malaysia dan Singapura.
Seramai
238 peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan seperti
golf, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, bola sepak
terbuka dan bola sepak kategori pegawai kanan.
Inter Forces Games yang
berlangsung setahun sekali dan penggiliran tuan rumah secara
berselang-seli. Pasukan ‘Harimau’ PDRM yang menjadi pemenang keseluruhan
pada tahun ini akan cuba mengekalkan statusnya untuk tahun hadapan .
Pasukan
SPF amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh PDRM,
menurut SUPT How Kwang Hwee semasa ditemubual. Tambah beliau lagi, pihak
SPF akan membalas layanan yang mesra kepada PDRM di Singapura pada
tahun hadapan. Ini merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian,
beraksi dalam Inter Forces Games untuk acara golf.
Majlis
Grand Dinner ini turut memberi peluang kepada peserta kedua-dua pasukan
ini untuk beramah mesra mengeratkan siratulrahim antara pasukan PDRM
dan SPF. Dikesempatan ini juga, CP Ng Joo Hee sempat menyampaikan
serangkap pantun untuk PDRM:
Meminum air di Sungai Krian,
Sisek kelisa memukau hati,
Jalin persahabatan menerusi sukan,
Tak akan rugi, malah diberkati.
Senarai keputusan Inter Forces Games 2010
|
ACARA | PASUKAN | |
| PDRM | SPF | |
| GOLF | JOHAN | - |
| BOLA SEPAK (TERBUKA) | 1 | 0 |
| BOLA SEPAK (PEGAWAI KANAN) | 2 | 1 |
| BADMINTON | 5 | 2 |
| BOLA JARING | 31 | 22 |
| BOLA TAMPAR | 3 | 1 |
| SEPAK TAKRAW | 2 | 1 |

DAC Keok Tong San bertukar cenderahati dengan YDH SAC Dato' Rosli bin Abdul Rahman.

Tidak
ketinggalan CP Ng Joo Hee, Ketua Polis Singapura bertukar cenderahati
dengan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan golf antara PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan SPF (Singapore Police Force).

Dari
kiri YDH DCP Dato' HJ. Ghazali Hj. Md. Amin, Setia Usaha Polis Diraja
Malaysia (SUPM), CP Ng Joo Hee, Ketua Polis Singapura, YDH Tan Sri Haji
Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan DAC Keok Tong San.

YDH Ketua Polis Negara melakukan pukulan di Tee 4.

YDH DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin dengan gaya pukulan beliau tersendiri.

Ketibaan
CP Ng Joo Hee, Ketua Polis Singapura disambut oleh YDH Ketua Polis
Negara petang bagi acara yang dijalankan di padang PULAPOL, Kuala
Lumpur.

Kategori
terbuka yang menemukan pasukan RMP (jersi putih) dan SPF (jersi biru).
Pasukan RMP mengalahkan SPF dengan jaringan 1 berbalas 0.

Menyaksikan perlawanan sengit antara RMP dan SPF.

Kategori Senior Officer di antara RMP (jersi biru) dan SPF (jersi merah) yang berakhir RMP menang dengan jaringan 2 berbalas 1.

Si cilik penyokong Singapura dibawa bersama bagi penyampaian hadiah di akhir perlawanan.

CP Mr Ng Joo Hee menyampaikan hadiah johan kepada kumpulan pasukan bola RMP .

Antara yang hadir penutup RMP Sports Council Grand Dinner yang berlangsung di Park Royal Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

CP Ng Joo Hee menyampaikan piala juara Interforces Games Challenge 2010 Kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Dato'
Zaleha binti Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)
bertukar cenderahati dengan AC Tan Chye Hee, Ketua Persatuan Sukan
Pasukan Polis Singapura.

Seni mempertahankan diri dipersembahkan oleh PDRM malam itu..

Persembahan ahli bina badan PDRM juga turut membuat persembahan peragaan otot..

Persembahan enam kali juara Mr. Universe memukau hadirin yang hadir malam itu.

Tidak ketinggalan persembahan solo daripada CP Ng Joo Hee dengan lagu berjudul Ni Wen Wo Ai penyanyi asal oleh Teresa Teng.

Persembahan koir terdiri semua wakil Singapura dengan lagu berjudul We Are The World penyanyi asal oleh Micheal Jackson.
Jurufoto : L/Kpl Edwin Indo dan Konst Raymond Martin
Wartawan : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah