Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Suspek Samun Dan Rogol Berjaya Ditahan

Published: 18 Jun 2014 1.13 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Mangsa adalah seorang pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 18 tahun bersama teman lelakinya yang baru mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Rawang telah didatangi dua lelaki m..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-suspek-samun-dan-rogol-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:03 MYT

Mangsa adalah seorang pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 18 tahun bersama teman lelakinya yang baru mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Rawang telah didatangi dua lelaki menyamar sebagai polis untuk menyamun dan merompak.

Mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek terbabit dan mangsa juga turut menyerahkan wang tunai RM500 dan telefon bimbit sebagai alasan tidak dibawa ke balai polis atas kesalahan mereka. Mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis pada keesokan hari kejadian

Suspek yang berusia 25 dan 37 tahun itu telah berjaya ditahan pihak polis di pondok pengawal tapak projek lebuh raya, iaitu tempat salah seorang daripada suspek bekerja.

Dua Suspek Samun Dan Rogol Berjaya Ditahan

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.13 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM