Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Cantas Khas Polis Gombak Berkas 9 Individu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
'Salah seorang yang ditahan itu terlibat dalam kongsi gelap, tiga atas kesalahan merogol manakala bakinya diberkas kerana berkumpul, mendatangkan cedera dan lain-lain kesalahan,' kata Ketua Polis Daer..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-khas-polis-gombak-berkas-9-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:00 MYT

Operasi selama enam jam bermula pukul 10 malam dijalankan dan pemeriksaan dilakukan ke atas 263 individu di sekatan jalan raya dan rondaan di beberapa lokasi. Serbuan dijalankan ke rumah tumpangan, pusat hiburan dan kawasan-kawasan panas dengan tumpuan diberikan kepada orang dikehendaki, mempunyai waran tangkap serta yang terlibat dalam kes keganasan.

"Salah seorang yang ditahan itu terlibat dalam kongsi gelap, tiga atas kesalahan merogol manakala bakinya diberkas kerana berkumpul, mendatangkan cedera dan lain-lain kesalahan," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah.

Op Cantas Khas Polis Gombak Berkas 9 Individu

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM