Dua Suspek Samun Dan Rogol Berjaya Ditahan
Mangsa
adalah seorang pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
berusia 18 tahun bersama teman lelakinya yang baru mendaftar masuk ke
sebuah hotel bajet di Rawang telah didatangi dua lelaki menyamar sebagai
polis untuk menyamun dan merompak.
Mangsa
telah dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek terbabit dan
mangsa juga turut menyerahkan wang tunai RM500 dan telefon bimbit
sebagai alasan tidak dibawa ke balai polis atas kesalahan mereka. Mangsa
dan teman lelakinya membuat laporan polis pada keesokan hari kejadian
Suspek
yang berusia 25 dan 37 tahun itu telah berjaya ditahan pihak polis di
pondok pengawal tapak projek lebuh raya, iaitu tempat salah seorang
daripada suspek bekerja.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian