Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Suspek Kes Dadah Cuba Rasuah Polis Ditahan

Published: 19 Jun 2014 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Cubaan dua lelaki memberi rasuah kepada anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut bagi mengelakkan diri daripada dicekup dalam Ops Tapis Bersepadu tidak menjadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-suspek-kes-dadah-cuba-rasuah-polis-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:00 MYT

Cubaan dua lelaki memberi rasuah kepada anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut bagi mengelakkan diri daripada dicekup dalam Ops Tapis Bersepadu tidak menjadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kedua-dua suspek merupakan penganggur yang cuba memberi wang sogokan kepada anggota serbuan sebagai pendahuluan untuk melepaskan diri daripada ditahan.

Dalam operasi yang dijalankan dari pukul 5 pagi hingga 2 petang itu pemeriksaan turut dijalankan terhadap ke semua suspek termasuk pelajar sekolah berumur 15 tahun dipercayai terbabit kes dadah dan memiliki pil kuda serta syabu.

Dua Suspek Kes Dadah Cuba Rasuah Polis Ditahan
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM