Dua Lelaki Dicekup Cuba Seludup Barang Keperluan Harian
Pasukan
Polis Marin Wilayah 4, Sabah berjaya mematahkan cubaan dua lelaki yang
cuba seludup keluar pelbagai barang kawalan ke negara jiran semalam.
Komander
PPM Wilayah 4, Sabah ACP Mohamad Madun berkata antara barang kawalan
yang cuba diseludup keluar termasuk 20 tong berisi minyak petrol dan
diesel dan pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua suspek turut mendapati
mereka tidak mempunyai dokumen perjalan diri.
Kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo