Lelaki Menyamar Pegawai Kerajaan Dicekup
Ipoh,
12 Mac - Kelicikan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai kerajaan dan
disyaki terbabit dengan tujuh kes penipuan sejak empat tahun lain
melibatkan kerugian kira-kira RM75,640 berakhir apabila suspek diberkas,
semalam.
Lelaki
berusia 50 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan pada
pukul 9.45 malam di sebuah kedai makan di Taman Rasi Jaya, Menglembu
dekat sini.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Supritendan Maszely
Minhad berkata, suspek yang berasal dari negeri ini dipercayai terbabit
dalam enam kes penipuan tender di Perak dan satu kes di Kelantan.
Polis
turut merampas dua keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM),
dua keping buku bank dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan
untuk menipu.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia