Dua Pucuk Pistol Dirampas Polis
Kuala
Langat - 8 Jun 2009. Seorang lelaki terkena tembakan polis apabila
enggan memberhentikan kenderaan apabila diarahkan oleh sepasukan polis
yang membuat tugas rondaan kira-kira jam 11 malam di Teluk Bunut,
Banting.
Ketua
Polis Daerah Kuala Langat, ACP Mohd Radzi bin Ishak berkata, kereta yang
dinaiki oleh lima lelaki yang berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun itu
berjaya ditahan apabila pemandunya yang terkena tembakan telah terbabas
kerana tidak dapat menahan kesakitan apabila terkena tembakan yang
mengenai kaki kanannya.
Sepasukan
polis yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kereta jenis
Proton Iswara itu, terus mengejar selepas arahan memberhentikan tidak
dihiraukan. Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara bagi
mengarahkan suspek memberhentikan kereta tersebut. Bagaaimanapun suspek
enggan memberhentikan kenderaan dan memecut laju melarikan diri.
Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek, polis menemui dua pucuk pistol iaitu Revolver .38 dan Walter serta lima bilah pedang samurai. Kereta Proton Iswara yang digunakan suspek juga merupakan kenderaan curi berdasarkan pemeriksaan nombor pendaftaran kereta yang didapati palsu.