Geng Lan Ragut Guna Kereta Ditahan
Kuala
Lumpur - 6 Jun 2009. Selepas lebih enam bulan bermaharajalela, kegiatan
Geng Lan yang bergiat aktif dan meragut menggunakan kereta disekitar
Lembah Klang, dianggotai oleh tiga penjenayah, berjaya ditumpaskan oleh
sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
Ketiga-tiga
penjenayah itu telah ditangkap dalam tiga serbuan berasingan, Jumaat
lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul
Khalid berkata, tangkapan pertama, seorang lelaki berumur 21 tahun
ditahan kira-kira jam 1.15 pagi di sebuah stesyen minyak di Sri
Petaling. Sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam dirampas dipercayai
digunakan untuk tujuan meragut mangsa.
Menurut
beliau lagi, hasil siasatan terhadap suspek, polis kemuadian menyerbu
sebuah hotel di Sri Petaling dan menahan seorang lelaki berusia 29
tahun. Turut ditemui sebuah beg hitam yang mengandungi 10 barang
antaranya telefon bimbit dan pen drive serta sebilah pisau. Katanya,
susulan itu, seorang lagi lelaki berumur 20 tahun ditahan di sebuah
rumah di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang dan pihaknya turut merampas
beberapa buah telefon bimbit.
Suspek
yang meragut menggunakan kereta akan memandu kereta dengan perlahan dan
menghampiri mangsa wanita yang berseorangan sebelum membuka tingkap
kereta dan kemudiannya meragut beg tangan milik mangsa sebelum melarikan
diri dengan kereta.
"Dengan
tertangkapnya kesemua suspek, sebanyak 19 kes yang dilaporkan berjaya
diselesaikan termasuk 11 kes di daerah Brickfields" katanya. Kes
disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun tanpa
senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 14 tahun dan denda
atau sebatan jika sabit kesalahan.