Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pucuk Pistol Dirampas Polis

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek, polis menemui dua pucuk pistol iaitu Revolver .38 Smith & Wesson dan Walter serta lima bilah pedang samurai...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pucuk-pistol-dirampas-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:50 MYT

Kuala Langat - 8 Jun 2009. Seorang lelaki terkena tembakan polis apabila enggan memberhentikan kenderaan apabila diarahkan oleh sepasukan polis yang membuat tugas rondaan kira-kira jam 11 malam di Teluk Bunut, Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, ACP Mohd Radzi bin Ishak berkata, kereta yang dinaiki oleh lima lelaki yang berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun itu berjaya ditahan apabila pemandunya yang terkena tembakan telah terbabas kerana tidak dapat menahan kesakitan apabila terkena tembakan yang mengenai kaki kanannya.

Sepasukan polis yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kereta jenis Proton Iswara itu, terus mengejar selepas arahan memberhentikan tidak dihiraukan. Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara bagi mengarahkan suspek memberhentikan kereta tersebut. Bagaaimanapun suspek enggan memberhentikan kenderaan dan memecut laju melarikan diri.

Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek, polis menemui dua pucuk pistol iaitu Revolver .38 dan Walter serta lima bilah pedang samurai. Kereta Proton Iswara yang digunakan suspek juga merupakan kenderaan curi berdasarkan pemeriksaan nombor pendaftaran kereta yang didapati palsu.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM