Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pengedar Ditahan Bersama Dadah Bernilai Lebih Rm21 000

Diterbitkan: 17 Jul 2016 10.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2016 - Seorang remaja lelaki yang dipercayai menyebabkan seorang anggota polis trafik Kuala Lumpur cedera dalam kemalangan di Jalan Kuching petang semalam, ditahan lima jam selepas kejadian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pengedar-ditahan-bersama-dadah-bernilai-lebih-rm21-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:40 MYT
Besut, 17 Julai 2016 - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Perumpamaan itu boleh disamakan dengan nasib dua pengedar yang berjaya diberkas polis bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM21,000 dalam satu operasi di Kampung Cawat, Kuala Besut di sini Jumaat lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut telah mengesan kegiatan dua pengedar berkenaan yang masing-masing berumur 34 dan 24 tahun sejak awal tahun ini lagi.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak dapat bertindak kerana suspek amat licik dan pandai menyembunyikan kegiatan mereka dengan menyembunyikan dadah yang dijualnya itu di beberapa tempat yang gagal dikesan polis.

"Namun, hasil maklumat orang awam kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat lepas, pasukan dari BSJN Besut telah membuat serbuan di kedai menyembelih ayam tempat
kedua-dua suspek bekerja dan berjaya menemukan dadah," katanya kepada pemberita
di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan di sebuah peti sejuk buruk yang berada dalam kedai berkenaan, polis menemukan pil berwarna merah dalam satu tiub straw dan satu bungkusan plastik yang mengandungi 190 pil dipercayai pil kuda daripada 19 tiub straw.

Dalam serbuan itu juga polis menemukan pelbagi jenis dadah lagi dalam kereta suspek yang diletakkan berdekatan kedai berkenaan.

"Jumlah dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan itu ialah 1,281 pil kuda,tujuh botol plastik dadah jenis heroin, dua paket dadah syabu dan dua pil Eramin 5 yang kesemuanya bernilai RM21,285," katanya.

Mohd Zamri berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut.

"Kami percaya dengan penangkapan dua pengedar itu, polis dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang selama ini bergiat aktif di pekan Kuala Besut," katanya.

Kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jul 2016 10.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM