Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Ditahan Ganja Bernilai Rm540 000 Dirampas Di Alor Setar

Diterbitkan: 16 Jul 2016 2.30 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Alor Setar, 16 Julai - Polis merampas 180 kilogram ganja bernilai RM540,000 dalam serbuan di Jalan Putra di sini Khamis lepas lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ditahan-ganja-bernilai-rm540-000-dirampas-di-alor-setar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:59 MYT
Alor Setar, 16 Julai - Polis merampas 180 kilogram ganja bernilai RM540,000 dalam serbuan di Jalan Putra di sini Khamis lepas lepas. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata dua lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah kira-kira pukul 9 malam. 

Beliau berkata tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di persimpangan lampu isyarat di Jalan Putra bersama 176 ketulan ganja yang diletakkan di belakang kereta jenis Toyota Unser. 

Beliau berkata pihaknya turut menahan rakan mangsa, lelaki tempatan berusia 46 tahun yang sedang menunggu di hadapan sebuah hotel di Jalan Putra kira-kira pukul 9.10 malam, 500 meter dari tempat suspek pertama ditahan. 

"Hasil siasatan mendapati dadah tersebut diperoleh dari negara jiran dan dipercayai untuk dihantar kepada suspek kedua untuk tindakan selanjutnya. 

"Kita percaya dadah tersebut untuk pasaran tempatan terutama di negeri utara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini.  

Abdul Jalil berkata hasil siasatan terhadap suspek yang berasal dari negeri ini dan Pulau Pinang itu mendapati mereka mempunyai rekod lampau terlibat dalam kes dadah. 

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari, sehingga 21 Julai ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Hasil rampasan dadah tersebut polis berjaya menyelamatkan kira-kira 60,000 orang penagih," katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2016 2.30 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM