Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

47 Ditahan Dalam Op Pti Di Sekitar Kota Kinabalu

Diterbitkan: 17 Jul 2016 11.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kota Kinabalu, 17 Julai 2016 - Polis menahan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/47-ditahan-dalam-op-pti-di-sekitar-kota-kinabalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:57 MYT
Kota Kinabalu, 17 Julai 2016 - Polis menahan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini awal hari ini. 

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mereka ditahan menerusi Op PTI yang berlangsung selama 5 jam 30 minit bermula pukul 1 pagi. 

"Seramai 90 individu diperiksa dalam operasi berkenaan di beberapa rumah setinggan, rumah penginapan dan rumah kongsi.  

"Polis turut menahan tiga lelaki yang didapati positif ujian air kencing," katanya dalam kenyataan di sini. 

Chandra berkata semua yang ditahan akan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah selesai didokumentasi.  

Beliau berkata operasi yang berakhir pukul 6.30 pagi itu disertai empat pegawai bersama 99 anggota termasuk daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Imigresen. - BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 17 Jul 2016 11.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM