Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Pecah Masuk Lebih 12 Tadika Ditahan Polis

Diterbitkan: 01 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam lebih daripada 12 kes pecah masuk tadika di sini sejak Januari lepas ditahan polis, masing-masing di Batu Berendam dan Bachang kira-kira pukul 5 petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-pecah-masuk-lebih-12-tadika-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:29 MYT

Melaka, 1 Okt- Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam lebih daripada 12 kes pecah masuk tadika di sini sejak Januari lepas ditahan polis, masing-masing di Batu Berendam dan Bachang kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan awal polis mendapati suspek berusia 32 dan 35 tahun itu bergerak sendirian melakukan jenayah tersebut dan kedua-duanya memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

"Ketika serbuan ke atas suspek di Bachang, polis menjumpai emas tiruan bernilai kira-kira RM1,000 yang dilaporkan hilang di sebuah premis di Jalan Hang Tuah.

"Suspek turut memiliki kereta mewah yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pecah rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis percaya lebih banyak lagi kes pecah rumah serta curi dapat diselesaikan dengan penangkapan dua suspek itu.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM