Marin Pelabuhan Klang Gagalkan Cubaan Seludup 11 Pendatang Asing
Sekinchan, 1 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 11 pendatang asing tanpa izin (pati) di sebuah rumah berhampiran jeti nelayan Kg. Baru Parit 5, di sini, kira-kira 2 petang tadi.
Komandernya, Asisten Komisioner Marzuki Che Shuib berkata, kesemua pati warga Indonesia itu; masing-masing lima lelaki dan wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam rumah tersebut selepas serbuan dan pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis.
"Kesemua yang ditahan berumur antara lingkungan 1 hingga 49 tahun.
"Turut ditahan, seorang lelaki Indonesia dipercayai bertanggungjawab melindungi kesemua pati tersebut," terang beliau.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sabak Bernam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26 (H) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).