Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Kumpulan Curi Motosikal Tumpas Di Marang

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Marang, 10 Sept - Dua kumpulan mencuri motosikal di sekitar sini tumpas dan polis menemui kembali antara lain sembilan buah motosikal, dua enjin serta pelbagai komponen yang lain...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-kumpulan-curi-motosikal-tumpas-di-marang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT

Marang, 10 Sept - Dua kumpulan mencuri motosikal di sekitar sini tumpas dan polis menemui kembali antara lain sembilan buah motosikal, dua enjin serta pelbagai komponen yang lain.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya berkata lapan lelaki yang berusia antara 17 dengan 25 tahun turut ditahan dalam operasi itu yang bermula sejak 19 Ogos hingga 5 Sept lalu.

"Kumpulan pertama yang dikenali dengan nama Fizi Lubuk Perah dilumpuh pada 20 Ogos di sebuah rumah di Kampung Bukit Perah.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, kita berjaya menangkap dua lelaki yang berusia 17 tahun dan hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, kita merampas pelbagai komponen motosikal termasuk dua buah motosikal dan dua casis yang nombor enjin dan casisnya telah dikikis," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Mazlan berkata kedua-dua suspek yang ditahan itu merupakan penagih dadah dan telah dituduh di mahkamah dengan lima pertuduhan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil.

Beliau berkata pada 25 Ogos, pihaknya memberkas empat lagi suspek yang berusia 17 hingga 23 tahun yang mengelarkan diri mereka kumpulan Ramdan di sebuah rumah di Pekan Wakaf Tapai.

Rumah tersebut turut dijadikan bengkel haram melerai motosikal untuk dipasang pada motosikal yang lain.

Dengan penahan tersebut, 15 kes curi motosikal di sekitar sini berjaya diselesaikan.

Sementara itu Ahmad Mazlan berkata pihaknya sedang memburu tiga lagi lelaki yang berusia antara 21 hingga 28 tahun yang turut mencuri komponen motosikal.

Mereka dikenali sebagai Muhammad Faizi Rasid atau nama gelarannya Kucing yang berusia 21 tahun dari Kampung Lubuk Perah, Saiful Azizul Che Ali (Kecek Abang), 28, dari Kampung Gong Merawang dan Muhammad Faris Yahya (Faris), 22, dari Batu 7 1/2 Waka Che Ali.

Ketiga-tiganya turut mempuyai rekod berkaitan pecah rumah. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM