Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

44 Individu Ditahan Dalam Op Cantas Khas Di Sekitar Kuala Lu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Lumpur, 10 Sept - Polis Kuala Lumpur menahan 44 individu atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk menganggotai pertubuhan kongsi gelap dalam Op Cantas Khas dalam tempoh 24 jam lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/44-individu-ditahan-dalam-op-cantas-khas-di-sekitar-kuala-lu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:19 MYT

Kuala Lumpur, 10 Sept - Polis Kuala Lumpur menahan 44 individu atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk menganggotai pertubuhan kongsi gelap dalam Op Cantas Khas dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata dalam operasi itu seramai 154 indidvidu dan 161 buah kenderaan telah diperiksa.

"Mereka yang ditahan antaranya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355) Pertubuhan yang menyalahi undang-undang, Seksyen 378 A/411 Kanun Keseksaan memiliki kerana motosikal curi, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport, Seksyen 19(3) Akta Penagih Dadah 1983.

"Kita turut menahan individu yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, letupan dan senjata berbahaya 1958 kerana memilik sebilah kerambit, Seksyen 11(7) Imigresen dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana salah guna pas lawatan, Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera," katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.

Beliau berkata tangkapan turut membabitkan mereka yang melakukan kesalahan bersabit waran tangkap mahkamah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM