Misteri Kereta Separuh Tenggelam Selesai
Shah Alam, 10 Sept – 12 ditahan reman termasuk seorang wanita dalam pembunuhan seorang lelaki di Bestari Jaya pada 30 Ogos lalu.
Dalam
sidang media yang dijalankan, Ketua Polis Selangor, SDCP Dato’ Pahlawan
Mohd Shukri bin Dahlan berkata ke semua suspek ditahan sejak awal
September lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan dan direman
sehingga Ahad ini.
"Dalam
pada itu, pihak polis turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri,
tiga kelongsong peluru SME, enam peluru hidup SME 9mm, pemutar skru dan
sembilah buah telefon bimbit dan ke semua suspek berumur lingkungan 21
tahun hingga 48 tahun", tambahnya lagi.
‘Motif
pembunuhan lelaki tersebut ekoran daripada perselisihan faham mengenai
perniagaan cicak tokek yang difahamkan digunakan dalam perubatan dan
mempunyai nilai yang tinggi. Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa
merupakan orang yang diamanahkan untuk menjaga haiwan tersebut sehingga
dia menghilangkan diri’, katanya.
Ketua
Polis Selangor berkata, salah seorang suspek yang tidak berpuas hati
dengan tindakan mangsa meminta bantuan kenalan yang lain untuk mengesan
mangsa sehingga mangsa ditemui mati pada 30 Ogos lalu di dalam sebuah
kereta jenis Saga.
"Hasil
post mortem yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa ada 'gun
shot wound to the trunk' atau tembakan di rusuk. Pihak polis percaya
dengan tertangkapnya suspek-suspek yang terlibat kes tersebut dapat
diselesaikan dengan pantas", katanya lagi.
Selain
itu, SDCP Dato Pahlawan Mohd Shukri menasihatkan dan mengingatkan orang
ramai bahawa penggunaan senjata api tiruan boleh disabitkan kesalahan
dibawah akta Senjatapi Penalti lebih berat 1959.
Pada
31 Ogos yang lalu beberapa akhbar melaporkan dimana seorang pengawal
keselamatan melihat sebuah kereta hampir terbenam dengan penggelap
cermin masih berfungsi di sebuah lombong di Bestari Jaya dan siasatan
awal polis di tempat kejadian menjumpai mayat lelaki di lantai tempat
duduk belakang kereta dengan luka tikaman pada rusuk kanan belakang
badan.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor