Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ditahan Kurang Sejam Lepas Samun

Published: 19 Jun 2014 2.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki ditahan selepas sejam menyamun sebuah keluarga di Kampung Melayu, Rawang semalam oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditahan-kurang-sejam-lepas-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:55 MYT

Dua lelaki ditahan selepas sejam menyamun sebuah keluarga di Kampung Melayu, Rawang semalam oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Dalam kejadian yang berlaku suspek dikatakan menyamar sebagai anggota polis kononnya ingin mengesan 'suspek' kes jenayah lalu masuk ke dalam rumah dan mengarahkan penghunui rumah masuk ke dalam sebuah bilik lalu mengurung dan mengikat mereka sebelum seorang daripada mereka keluar selepas mendapati ruang tamu sudah sungi.

Kenderaan suspek berjaya diekori dan ditahan di sebuah stesen minyak di Sunway Batu Caves dan pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang dinaiki menjumpai barangan yang diambil dari rumah yang disamun antaranya komputer riba, telefon bimbit malah pihak polis turut menjumpai walkie talkie, lesen memandu polis serta gari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

Ditahan Kurang Sejam Lepas Samun
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM