Tiga
lelaki yang bertindak ganas apabila mengugut mahu meletupkan sebuah
kedai makan di Simpang Halt akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis
malam kelmarin.
Seorang
daripada tiga suspek berang dengan tindakan pekerja kedai terbabit yang
meminta menjelaskan bayaran minuman keras yang dipesan terlebih dahulu
sebelum membuat pesanan seterusnya.
Ketiga-tiga
suspek bertindak ganas dengan menterbalikkan meja dan bangku dan
membaling botol minuman keras ke arah dinding malah bertindak mengambil
tong gas yang terletak di dapur untuk meletupkannya.
Menyedari
kehadiran pihak polis ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki
motosikal namun berjaya diberkas tidak lama kemudian di Taman Kota Jaya
Simpang.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Cekup Samseng Ugut Mahu Letup Kedai
Tiga lelaki yang bertindak ganas apabila mengugut mahu meletupkan sebuah kedai makan di Simpang Halt akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis malam kelmarin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cekup-samseng-ugut-mahu-letup-kedai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.