Dua
lelaki ditahan selepas sejam menyamun sebuah keluarga di Kampung
Melayu, Rawang semalam oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat
Polis Daerah Gombak.
Dalam
kejadian yang berlaku suspek dikatakan menyamar sebagai anggota polis
kononnya ingin mengesan 'suspek' kes jenayah lalu masuk ke dalam rumah
dan mengarahkan penghunui rumah masuk ke dalam sebuah bilik lalu
mengurung dan mengikat mereka sebelum seorang daripada mereka keluar
selepas mendapati ruang tamu sudah sungi.
Kenderaan
suspek berjaya diekori dan ditahan di sebuah stesen minyak di Sunway
Batu Caves dan pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang dinaiki
menjumpai barangan yang diambil dari rumah yang disamun antaranya
komputer riba, telefon bimbit malah pihak polis turut menjumpai walkie
talkie, lesen memandu polis serta gari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Ditahan Kurang Sejam Lepas Samun
Dua lelaki ditahan selepas sejam menyamun sebuah keluarga di Kampung Melayu, Rawang semalam oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditahan-kurang-sejam-lepas-samun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.