Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ditahan Bersama Ganja Senapang

Diterbitkan: 13 Mar 2015 4.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA PILAH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas empat ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 27.34 gram bersama dua laras senapang buatan sendiri dalam milikannya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditahan-bersama-ganja-senapang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:37 MYT
KUALA PILAH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas empat ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 27.34 gram bersama dua laras senapang buatan sendiri dalam milikannya.

Suspek berusia 46 tahun dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah itu dicekup dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah ketika menaiki sebuah van jam 7 malam di hadapan Estet Juasseh, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, serbuan dilakukan hasil intipan dan maklumat awam dan pemeriksaan menemui satju ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 12.84 gram di dalam poket seluar dipakai suspek.

Selain memiliki tiga rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin dan Tetra Hydrocannibol (THC).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua dua jika sabit kesalahan," katanya.
Ditahan Bersama Ganja Senapang
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 13 Mar 2015 4.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM