Artikel
Pdrm Serah Sembilan Kenderaan Kepada Giatmara
BUKIT MERTAJAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sembilan kenderaan terpakai kepada GiatMara Permatang Pauh di sini, untuk digunakan dalam sesi latihan...
BUKIT MERTAJAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sembilan kenderaan terpakai kepada GiatMara Permatang Pauh di sini, untuk digunakan dalam sesi latihan pelajar bidang kejurteraan automotif.
Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata sumbangan itu selari dengan matlamat organisasi yang berinisiatif melestarikan alam semula jadi daripada melupuskan kenderaan yang masih boleh diguna pakai.
Beliau berkata, pihaknya juga percaya usaha murni dalam bidang pendidikan itu berupaya
memberikan nilai tambah kepada kerajaan, selain mendapat hasil jualan melalui kaedah lelongan kenderaan terpakai kepada orang awam.
Tambah CP Datuk Zulkifli lagi, sebelum itu, pihaknya juga mengagihkan 34 kenderaan terpakai bernilai lebih RM100,000 kepada tiga GiatMara iaitu Sungai Bakap, Klang dan Kuala Terengganu.
"Usaha menyumbang kenderaan terpakai ini akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian dan keperluan institusi," katanya.

Sumber: Berita Harian