Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

PUSAT KARAOKE DISERBU

Diterbitkan: 13 Mar 2015 4.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini, yang menggunakan khidmat GRO diserbu sepasukan anggota dari Unit Maksiat Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, awal pagj semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-karaoke-diserbu-20150313
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:44 MYT
KUALA LUMPUR:  Sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini, yang menggunakan khidmat GRO diserbu sepasukan anggota dari Unit Maksiat Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, awal pagj semalam.

Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menahan 18 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai GRO.

"Kita turut menahan dua lelaki tempatan berusia  40 dan 50 tahun yang dipercayai bekerja sebagai penjaga dan pengurus premis itu," katanya.

Menurutnya, GRO berkenaan turut menawarkan perkhidmatan seks sekitar RM180 hingga RM200 dan menjadikan di hotel bajet berhampiran sebagai lokasi pelacuran.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B, 6(1) C Akta Imigresen dan Seksyen 11 (7) Peraturan Imigresen
PUSAT KARAOKE DISERBU
Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 13 Mar 2015 4.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM