Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dicekup Bersama 61kg Ganja

Diterbitkan: 15 Sep 2014 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama rampasan 61 kilogram ganja pada 5 September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-bersama-61kg-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:54 MYT
Kuala Lumpur, 12 Sept – Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama rampasan 61 kilogram ganja pada 5 September lalu.

Suspek yang tidak bekerja ditahan setelah pihak polis menemui beberapa paket dan ketulan-ketulan ganja di dalam stor belakang rumah suspek.

Berdasarkan siasatan awal, dadah yang dirampas disyaki dibekalkan dari negara jiran dan disimpan di rumah tersebut sebagai stor sebelum dipasarkan kepada pembeli.

Nilai rampasan dadah dianggarkan RM152,500 dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sindiket dadah tersebut.
ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2014 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM