Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kiriman Dadah Melalui Kurier Lelaki Tempatan Dicekup

Diterbitkan: 15 Sep 2014 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ekoran penahanan tiga lelaki warga Nigeria bersabit kes kiriman dadah melalui perkhidmatan kurier pada awal bulan ini, pihak polis telah mempergiatkan usaha dalam mengesan ahli-ahli sindiket dan terbaru, pada 8 September lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan dengan sejumlah rampasan dadah jenis syabu ketika sedang menerima kotak-kotak kiriman di syarikat kurier terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kiriman-dadah-melalui-kurier-lelaki-tempatan-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:45 MYT

Kuala Lumpur, 12 Sept – Ekoran penahanan tiga lelaki warga Nigeria bersabit kes kiriman dadah melalui perkhidmatan kurier pada awal bulan ini, pihak polis telah mempergiatkan usaha dalam mengesan ahli-ahli sindiket dan terbaru, pada 8 September lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan dengan sejumlah rampasan dadah jenis syabu ketika sedang menerima kotak-kotak kiriman di syarikat kurier terbabit.

Pihak polis telah menemui 1.7 kilogram syabu dalam kotak-kotak tersebut dan anggaran nilai harga pasaran dadah yang dirampas adalah RM340,000.

Suspek yang berusia 46 tahun juga mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat.

ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2014 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM