Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bongkar Makmal Proses Dadah

Diterbitkan: 15 Sep 2014 2.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam serbuan terbabit, pihak polis telah merampas 1.67 kilogram (kg) syabu, cecair syabu, 112.13 kg pil berbagai warna, bahan-bahan kimia serta beberapa peralatan memproses dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-makmal-proses-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:38 MYT
Kuala Lumpur, 12 Sept – Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah melancarkan satu serbuan ke atas sebuah premis kilang di Shah Alam pada 5 September lalu dan berjaya membongkar kegiatan makmal memproses dadah di premis terbabit.

Dalam serbuan terbabit, pihak polis telah merampas 1.67 kilogram (kg) syabu, cecair syabu, 112.13 kg pil berbagai warna, bahan-bahan kimia serta beberapa peralatan memproses dadah.

Anggaran nilai pasaran kesemua dadah yang dirampas adalah RM334,000 dan siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat.
ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2014 2.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM