Article
Dicekup Bersama 61kg Ganja
Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis...
Kuala Lumpur, 12 Sept – Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama rampasan 61 kilogram ganja pada 5 September lalu.
Suspek yang tidak bekerja ditahan setelah pihak polis menemui beberapa paket dan ketulan-ketulan ganja di dalam stor belakang rumah suspek.
Berdasarkan siasatan awal, dadah yang dirampas disyaki dibekalkan dari negara jiran dan disimpan di rumah tersebut sebagai stor sebelum dipasarkan kepada pembeli.
Nilai rampasan dadah dianggarkan RM152,500 dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sindiket dadah tersebut.