Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Dengan Penduduk Oakleaf Park Condo

Published: 11 Jun 2014 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
IPD Ampang Jaya melalui pendekatan idea "Sesi Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya" telah mendekati penduduk di Oakleaf Park Condo, Persiaran Bukit Jaya, Taman Maju Jaya, Ampang Jaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dialog-penduduk-bersama-ketua-polis-daerah-ampang-jaya-dengan-penduduk-oakleaf-park-condo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Selangor - 10 April 2011

IPD Ampang Jaya melalui pendekatan idea "Sesi Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya" telah mendekati penduduk di Oakleaf Park Condo, Persiaran Bukit Jaya, Taman Maju Jaya, Ampang Jaya, Selangor. Hadir dalam sesi ini adalah YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH Supt. Md. Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH Ketua-ketua Bahagian, YDH Ketua-ketua Polis Balai, Peawai-pegawai polis dan anggota-anggota polis.

Objektif utama sesi dialog ini untuk mengenalpasti masalah-masalah berkaitan keselamatan yang dihadapi oleh penduduk sekitar. Melalui komunikasi dua hala seumpama ini, pihak polis dapat mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk. Ini memudahkan pihak polis untuk membantu penduduk dengan memberikan khidmat nasihat dan pandangan menurut garis undang-undang. Secara tidak langsung, sesi seumpama ini turut dapat membina sebuah komunikasi dua hala yang baru.

Di akhir sesi, YDH Ketua Polis Daerah Ampang Jaya memohon agar penduduk sekitar dapat memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha polis dalam menangani masalah jenayah dewasa ini. Disamping itu, beliau berharap program Community Policing yang telah dijalankan di daerah Ampang Jaya dapat mengeratkan hubungan di antara masyarakat dan pihak polis.

Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Dengan Penduduk Oakleaf Park Condo
YDH Ketua Polis Daerah Ampang Jaya menyampaikan kata-kata aluan sebelum sesi dialog bermula

Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Dengan Penduduk Oakleaf Park Condo
YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin memperkenalkan anggota sektor kawasan Oakleaf Park Condo kepada penduduk

Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Dengan Penduduk Oakleaf Park Condo
Barisan PDRM yang mendengar masalah dan menjawab pertanyaan daripada penduduk

Dialog Penduduk Bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Dengan Penduduk Oakleaf Park Condo
YDH Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama YDH Timbalan Ketua polis Ampang Jaya beramah mesra bersama penduduk


Wartawan/Foto : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM