Artikel
Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
Tema program menderma darah yang dijalankan hari ini ialah 'Derma Darah Menyelamatkan Nyawa' merupakan salah satu susuncara dalam kalendar Sambutan Peringatan...
PULAPOL - 9 April 2009. Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari
Polis Ke-202 Tahun 2009 telah berlangsung di Dewan Pengaman, PULAPOL
Kuala Lumpur.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dr. Norhanim bin Sidin, Pengarah Pusat Darah Negara, Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Pengurusan Kumpulan CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, YDH CP Dato' Abd Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato'Dato' Pengarah , YDH Timbalan Dato'-Dato' Pengarah, Pegawai-pegawai kanan, anggota , kakitangan awam serta Kor SUKSIS dari UPM dan UM.
Tema program menderma darah yang dijalankan hari ini ialah 'Derma Darah Menyelamatkan Nyawa' merupakan salah satu susuncara dalam kalendar Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun.
Gerakan kesedaran di kalangan pegawai, anggota serta warga PDRM bagi menderma darah adalah satu komitmen berterusan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya. Menderma darah juga adalah usaha murni sebagai suatu amalan kebajikan sepanjang hayat dimana ia dapat menyelamat nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama dapat juga membolehkan darah yang baru dihasilkan dan mengekalkan kesihatan diri masing-masing. Setiap titik darah yang didermakan itu merupakan 'The Gift Of Life And There Can Be No Greater Gift In Life Than The Gift Of Life It Self'.
Di majlis ini juga, CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd telah memberi sumbangan hamper dan pil-pil vitamin kepada penderma-penderma darah, untuk membantu penderma-penderma darah kembali sihat dan cergas seperti sebelumnya.

dari kiri..YDH CP Dato' Abd Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, Y.Bhg Dr. Norhanim bin Sidin, Pengarah Pusat Darah Negara, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Pengurusan Kumpulan CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd.

Sketsa gimik pelancaran Kempen Derma Darah

YDH Tan Sri Ismail bin Hj Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan turut menderma darah.

dua dari kanan... Supt. Rasdi bin Ramli Penguasa Perhubungan Awam bersama penderma-penderma darah.

Antara kakitangan awam Bukit Aman yang turut menderma darah.

Inspektor Pelatih juga tidak ketinggalan menderma darah

Antara penderma-penderma darah terbanyak yang menderma darah untuk Tabung Darah Negara.