Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Ramli Mohamed Yoosuf Galas Tugas Supm Yang Baharu

Published: 18 Aug 2017 1.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur 18 Ogos 2017 - Bertempat di aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang tadi telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) di antara Datuk Mohd Khalil Kader Mohd kepada penyandang baru jawatan tersebut iaitu Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-ramli-mohamed-yoosuf-galas-tugas-supm-yang-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:03 MYT

Kuala Lumpur 18 Ogos 2017 - Bertempat di aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang tadi telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) di antara Datuk Mohd Khalil Kader Mohd kepada penyandang baru jawatan tersebut iaitu Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya menyaksikan Datuk Mohd Khalil menyerahkan tugas SUPM secara rasminya kepada Dato’ Ramli yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Dalam majlis yang sama Komander Unit Tindakhas (UTK) Bukit Aman, Dato’ Mastor Mohd Ariff berkesempatan menyempurnakan Penganugerahan Maroon Beret UTK kepada bekas SUPM yang juga bakal menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Setelah selesai majlis serah terima tugas jawatan SUPM, turut dianjurkan Majlis Perpisahan Bekas Setiausaha Polis Malaysia dan Pegawai Kanan Urus Setia Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di Bukit Aman.

Turut hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas tadi Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan, DCP’ Dato' Hajah Fatimah Abd Hamid selaku saksi, Ketua Pasukan AMLA, Dato’ Khalil Azlan Chik, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Lim Leong Hock, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Asmawati Ahmad, Pegawai- Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah dan Pegawai Awam PDRM.

1
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

2
Setiausaha Polis Malaysia yang baharu Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf ketika menyampaikan ucapan sulungnya

3
Bekas SUPM, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika menyampaikan ucapan

4
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

5
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

ArticlePublished 18 Aug 2017 1.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM