Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

1 251 Pegawai Kor Suksis Ipta Awam Sempurnakan Latihan Kepolisan

Diterbitkan: 20 Aug 2017 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sintok, 20 Ogos 2017- Seramai 1,251 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dari 23 buah Universiti Awam seluruh negara hari ini diraikan dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Ke-13 Tahun 2017 dengan penuh istiadat kepolisan di Padang Kawad PALAPES, Universiti Utara Malaysia (UUM), pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1-251-pegawai-kor-suksis-ipta-awam-sempurnakan-latihan-kepolisan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT

Sintok, 20 Ogos 2017- Seramai 1,251 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dari 23 buah Universiti Awam seluruh negara hari ini diraikan dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Ke-13 Tahun 2017 dengan penuh istiadat kepolisan di Padang Kawad PALAPES, Universiti Utara Malaysia (UUM), pagi tadi.

Hadir menyempurnakan upacara tahunan peringkat kebangsaan kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim disaksikan dengan kehadiran barisan kepimpinan PDRM, IPTA dan ahli keluarga setiap pelatih yang terlibat.

Sejurus selepas itu, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim diiringi Timbalan Komandan Kor SUKSIS UUM dan Pegawai Pemerintah Baris diberi penghormatan menaiki kenderaan istiadat untuk memeriksa perbarisan.

Memetik ucapan Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim di pentas yang bersejarah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menyokong penuh penubuhan Kor SUKSIS di Universiti awam sekaligus sejajar dengan objektif untuk melahirkan graduan cemerlang, memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi, berdisiplin serta berpengetahuan dalam bidang kepolisan dan undang-undang.

Dalam masa yang sama, generasi berpengetahuan dan mengikuti arus teknologi maklumat, adalah menjadi pengharapan agar Kor SUKSIS menjadi rakan kolaborasi PDRM terutamanya aspek pencegahan jenayah serta berganding bahu menjayakan inisiatif terbaru PDRM iaitu aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam langkah memperkasakan perkhidmatan kepada masyarakat.

Selesai upacara di padang kawad, tetamu kenamaan dan pelatih Kor SUKSIS berhimpun di Dewan Mu’adzam Shah (MAS), UUM bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS sekaligus ditauliahkan selaku Inspektor Sukarelawan Polis.

Hadir sama dalam upacara tersebut, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Tajudin Md Isa, Ketua Polis Kedah, Dato’ Asri Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr Nor Azizi Ismail, dif-dif jemputan serta rakan media.

1
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menerima Tabik Hormat di pentas Utama.

2
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada Pelatih Terbaik.

3
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim di pentas utama.

4
Nyanyian Lagu Negaraku

5
Pergerakan kawad Lintas Hormat melalui pentas utama

6
Pergerakan kawad Lintas Hormat melalui pentas utama

7
Gambar kenangan..
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2017 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM