Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Enam Suspek Curi Kabel Eletrik Di Miri

Diterbitkan: 17 Aug 2017 8.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 17 Ogos 2017 - Polis menangkap enam suspek lelaki rakyat tempatan berusia 27 dan 36 tahun dipercayai terlibat dalam lima kes kecurian kabel elektrik di Kuala Baram serta Senadin di pinggir bandar raya Miri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-enam-suspek-curi-kabel-eletrik-di-miri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT

Miri, 17 Ogos 2017 - Polis menangkap enam suspek lelaki rakyat tempatan berusia 27 dan 36 tahun dipercayai terlibat dalam lima kes kecurian kabel elektrik di Kuala Baram serta Senadin di pinggir bandar raya Miri.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata tangkapan dilakukan pada Isnin dan Selasa lepas setelah mendapat kerjasama daripada Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Kesemua suspek yang tidak bekerja mempunyai pengalaman dalam pemasangan kabel elektrik, turut dirampas ialah dua buah kenderaan, kabel milik SEB dan tiga batang cangkul,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pusat Miri hari ini.

Lim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pengurus Wilayah Utara SEB Tan Joo Kok yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pada tahun ini sahaja, 19 kes kecurian kabel elektrik berlaku di bandar raya Miri melibatkan kerugian berjumlah RM622,500.

-- BERNAMA

 

ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2017 8.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM