Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara

Published: 11 Jun 2014 9.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jamuan yang diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Tan Sri Hj. Ismail, Ketua Polis Negara yang dianugerahkan darjah kebesaran Raja Thailand...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-nazirah-rai-ydh-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

Bangkok - 29 Februari 2012 

Puan Yang Terutama Dato Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok, telah mengadakan Jamuan Makan Tengahari bagi meraikan Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, yang dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej.

"Jamuan yang diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Tan Sri Hj. Ismail, Ketua Polis Negara yang dianugerahkan darjah kebesaran Raja Thailand. Anugerah itu sebagai menghargai peranan yang diambil Tan Sri Hj. Ismail menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra antara Malaysia dan Thailand terutama dalam usaha memerangi jenayah", ujar Puan Yang Terutama Dato Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok, ketika berucap di majlis tersebut yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja Thailand, yang mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, dalam satu majlis khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok, Thailand.

"Saya berasa terharu dan bangga apabila diberikan penghargaan untuk menerima darjah kebesaran tertinggi daripada Raja Thailand. Sesungguhnya darjah kebesaran diterima itu merupakan pengiktirafan amat bermakna bagi saya dan juga PDRM".

"PDRM dan RTP akan terus bekerjasama dalam memerangi masalah keselamatan kedua-dua negara termasuk isu-isu membabitkan jenayah kecurian kenderaan, pengedaran dadah dan ancaman pengganas", Kata YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, ketika berucap di dalam majlis. Turut hadir ialah Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, Isteri Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan YDH DCP Dato Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gambar sekitar majlis jamuan
Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara

Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara

Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara

Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara

Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara

Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara


Wartawan/Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM