Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepang, 28 Februari 2012 - 8 orang wanita adalah antara 24 orang yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste(UNMIT) yang berlepas hari ini. Misi PBB United Nation Integrated Miss..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-meraikan-misi-pengaman-pbb-timor-leste-unmit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:51 MYT

Sepang, 28 Februari 2012 - 8 orang wanita adalah antara 24 orang yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT) yang berlepas hari ini. Misi PBB United Nation Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) kali ini terdiri daripada 6 pegawai dan 18 anggota diketuai oleh YDH Supt. Mohamad Salleh bin Khalid daripada Cawangan Khas Bukit Aman.

Penugasan anggota UNMIT di misi ini adalah sebagai "Police Adviser" kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa. 4 anggota yang menyertai misi kali ini akan menggantikan 4 pegawai UNPOL yang telah pulang ke tanah air setelah menamatkan penugasan mereka pada 14 Februari 2012 lalu. Manakala 20 pegawai dan anggota yang lain adalah sebagai tambahan kuota PDRM di misi tersebut.

"Sebagai wakil negara, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas di tempat orang. Tunjukkanlah kualiti disiplin yang tinggi dan bertugaslah secara profesional. Ingatlah kepada pepatah kita, Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung", ucap YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Pengurusan) sebagai mewakili YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara di majlis Sending-Off Pegawai/PRP PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste, di bilik VIP KLIA Sepang.

Turut Hadir di majlis ini ialah YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan(Perkhidmatan/Pengurusan), YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran) I, YDH Supt. Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, YDH Supt. Che Zakaria bin Othman Ketua Pegawai Turus Istiadat, YDH DSP Zainuddin bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (Ketua Polis KLIA).

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
Dari kiri YDH Supt.Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan(Perkhidmatan/Perjawatan), YDH Sut.Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat, YDH DSP Zainuddin bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang(Ketua Polis KLIA).

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
Antara 24 orang yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT).

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
Ucapan daripada YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Pengurusan).

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
Bacaan ikrar..

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
YDH Timbalan Pengarah Pengurus (Perkhidmatan/Perjawatan) mengucapkan selamat jalan kepada 24 orang yang terpilih.

Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
Antara  8 orang wanita yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT).


Wartawan :Konst Raymond bin Martin 
Jurufoto   : Konst Raymond bin Martin dan Konst Santher a/l Kumar Sengar

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM