Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Maka carilah dan sentiasalah kembangkan idea-idea baru melalui percambahan minda, creative problem solving groups dan hindarkan pendekatan Doing Business As Usual..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-ketua-ketua-jabatan-pengurusan-bil-1-2012
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT
Bukit Aman - 1 Mac 2012

" Maka carilah dan sentiasalah kembangkan idea-idea baru melalui percambahan minda, creative problem solving groups dan hindarkan pendekatan Doing Business As Usual " - YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan.

Dalam menjalankan sistem organisasi PDRM di abad ke-21 yang berfungsi dengan cekap dan berkesan, tumpuan, daya usaha ke arah memantapkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan sumber manusia adalah antara elemen yang perlu diterapkan di dalam diri.

Antara lain, mesyuarat itu turut membincangkan strategi Outcome-based Budgeting (OBB) atau dikenali sebagai Results-based Budgeting (RBB). Strategi ini bertujuan untuk menentukan penggunaan sumber adalah sentiasa di tahap optima, selaras dengan seruan kerajaan menjadikan perkhidmatan awam beralih kepada budaya  output   dan prestasi perbelanjaan kepada mementingkan aspek  outcome  atau impak keberhasilan secara holistik.

"Saya menyeru agar Dato'-dato, Tuan-tuan dan Puan-puan sentiasa melihat peluang-peluang baru untuk meningkatkan kreativiti di peringkat daerah, kontinjen dan formasi masing-masing. Ingatlah, sekecil mana sekali inovasi yang dicetuskan di peringkat ahli mesyuarat, ia akan memberi impak positif yang besar kepada keseluruhan perkhidmatan PDRM", antara isi mandat YDH Pengarah Jabatan pengurusan sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan PDRM, Bil. 1/2012 di Tingkat 16, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi ini.

"Kita kini berada di dalam umur yang bergelora dalam semua aspek, sama ada politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar, malah seorang pegawai polis dan sebagai sebuah organisasi yang besar membuat penyelarasan untuk terus relevan dalam arus perubahan kesemua aspek ini, selain dalam masa yang sama menentukan supaya ia konsisten dengan kehendak semasa dan akan datang", tambah YDH Pengarah Jabatan Pengurusan.

Hadir mesyuarat pada pagi ini adalah YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), YDH SAC Dato' Dr. Haji Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (BAKA), YDH Ketua-ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan, YDH Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan (KJP), YDH Penolong-penolong Pengarah Jabatan Pengurusan dan Pegawai-pegawai Kanan Polis.

" Saya suka mengingatkan kepada semua ahli mesyuarat tentang perancangan dan strategi kita dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Mengambil kira faktor "proaktif" sebagai satu daripada prinsip 4P kita, maka seharusnya kesemua Ketua Jabatan Pengurusan telah bersedia dengan keanggotaan dan deployment plans masing-masing", YDH Pengarah Jabatan Pengurusan mengakhiri ucapan perasmian mesyuarat pagi ini.

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) bersama YDH Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan menunggu ketibaan YDH Pengarah Jabatan Pengurusan

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Urusetia yang mengendalikan pendaftaran peserta

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Bergambar kenangan di depan Menara 1, Kompleks Bukit Aman

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Antara yang hadir

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Bil 1 2012
Ucapan YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo





ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM