Dato Nazirah Rai Ydh Ketua Polis Negara
Bangkok - 29 Februari 2012
Puan
Yang Terutama Dato Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok,
telah mengadakan Jamuan Makan Tengahari bagi meraikan Inspektor Jeneral
Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, yang dikurniakan
darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej.
"Jamuan
yang diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Tan Sri Hj.
Ismail, Ketua Polis Negara yang dianugerahkan darjah kebesaran Raja
Thailand. Anugerah itu sebagai menghargai peranan yang diambil Tan Sri
Hj. Ismail menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra antara Malaysia
dan Thailand terutama dalam usaha memerangi jenayah", ujar Puan Yang
Terutama Dato Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok, ketika
berucap di majlis tersebut yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di
Bangkok, Thailand.
Penganugerahan
itu disampaikan oleh Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja
Thailand, yang mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, dalam satu majlis khas
yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok, Thailand.
"Saya
berasa terharu dan bangga apabila diberikan penghargaan untuk menerima
darjah kebesaran tertinggi daripada Raja Thailand. Sesungguhnya darjah
kebesaran diterima itu merupakan pengiktirafan amat bermakna bagi saya
dan juga PDRM".
"PDRM
dan RTP akan terus bekerjasama dalam memerangi masalah keselamatan
kedua-dua negara termasuk isu-isu membabitkan jenayah kecurian
kenderaan, pengedaran dadah dan ancaman pengganas", Kata YDH Inspektor
Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, ketika
berucap di dalam majlis. Turut hadir ialah Puan Sri Hajah Suriati Haji
Md. Sobri, Isteri Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri
bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan YDH DCP Dato Haji
Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Gambar sekitar majlis jamuan






Wartawan/Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo