Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Warga Asing Dicekup Di Lcct

Published: 19 Jun 2014 3.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 April – Seorang warga asing yang baru tiba di negara ini telah ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) setelah pihak polis menjumpai 2.4 kilogram syabu dalam beg yang dibawany..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-warga-asing-dicekup-di-lcct
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:07 MYT

Kuala Lumpur, 4 April – Seorang warga asing yang baru tiba di negara ini telah ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) setelah pihak polis menjumpai 2.4 kilogram syabu dalam beg yang dibawanya pada 27 Mac yang lalu.

Tindakan menahan suspek dilakukan setelah pihak polis mendapati suspek berada dalam keadaan yang mencurigakan seterusnya dibawa ke Balai Polis LCCT untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai satu bungkusan plastik yang mengandungi 2.4 kilogram syabu yang disembunyikan dalam lapisan beg milik suspek yang diubahsuai.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM360,000 dan suspek yang berusia 35 tahun itu kini ditahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM