Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Pekerja Kilang Dipercayai Pengedar Dadah

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 5 April - Seorang pekerja kilang dipercayai pengedar dadah ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di Felda Keratong 2 dekat Bandar Tun Razak, Rompin, awal pagi, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pekerja-kilang-dipercayai-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT

Kuantan, 5 April - Seorang pekerja kilang dipercayai pengedar dadah ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di Felda Keratong 2 dekat Bandar Tun Razak, Rompin, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dengan diketuai Insp Zulkaranain Hassan Ghazali.

"Hasil risikan, kita telah menahan suspek yang berasal dari Felda Keratong 2 yang ketika itu sedang menunggang sebuah motosikal.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, polis menemui dua paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 3.25 gram dan satu paket plastik syabu seberat 2.79 gram dalam sebuah beg silang suspek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, katanya polis turut menemui satu plastik berisi heroin seberat 103.17 gram di dalam raga motosikal suspek.

Menurutnya siasatan awal mendapati suspek pernah memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

Suspek dibawa ke IPD Rompin untuk disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM