Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Markas Sindiket Jerat Cinta Internet Diserbu

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menghantar bungkusan hadiah palsu yang didalangi lima pelajar warga Afrika selepas menyerbu sebuah apartmen di Petaling Jaya dan Seri Petaling di sini baru-bar..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/markas-sindiket-jerat-cinta-internet-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:25 MYT

KUALA LUMPUR - 23 September 2009. Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menghantar bungkusan hadiah palsu yang didalangi lima pelajar warga Afrika selepas menyerbu sebuah apartmen di Petaling Jaya dan Seri Petaling di sini baru-baru ini.

Sindiket yang didalangi oleh lima pelajar lelaki warga Nigeria berusia antara 19 dan 30 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 petang 9 September lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada seorang wanita berusia 36 tahun. Mangsa yang merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat petroleum di sini kerugian RM25,500 kerana memasukkan wang tersebut ke dalam satu akaun kononnya bagi menuntut satu bungkusan yang dihantar dari luar negara.

Sindiket tersebut amat licik apabila memperdaya tanpa disedari mangsa. Tembelang sindiket tersebut pecah apabila pihak polis menahan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik akaun yang digunakan untuk mangsa memasukkan wang. Empat jam kemudian, polis menyerbu sebuah rumah di Petaling Jaya dan menahan seorang lelaki Afrika berusia 30 tahun yang dipercayai perancang utama sindiket tersebut.

Suspek merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di situ dan bersama suspek, pihak polis merampas sebuah buku bank dan kad bank milik wanita tersebut. Susulan dari itu, polis menyerbu markas sindiket di sebuah pangsapuri mewah di Seri Petaling dan menahan empat lelaki Nigeria berusia 19 dan 28 tahun serta merampas empat komputer riba yang mempunyai maklumat perbualan internet dengan mangsa. Selain itu, sebuah kereta Toyota Vios milik suspek juga telah dirampas. Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM