Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Lelaki Seludup Benih Kerang Gagal

Published: 17 Mar 2016 7.38 AM Updated: 15 Aug 2026 7.31 PM
Johor Baharu, 17 Mac 2016 - Seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun ditahan kerana cuba menyeludup lapan guni benih kerang dianggarkan bernilai RM2,240 di Tampok Laut dekat Renggit, Batu Pahat semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-lelaki-seludup-benih-kerang-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT
Johor Baharu, 17 Mac 2016 - Seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun ditahan kerana cuba menyeludup lapan guni benih kerang dianggarkan bernilai RM2,240 di Tampok Laut dekat Renggit, Batu Pahat semalam. 

Komander Pasukan Polis (PPM) Marin Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata lelaki itu ditahan pada 3.30 petang dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Perikanan Johor.

Khiu berkata, apabila kenderaan dipandu suspek diperiksa, pihaknya menemui sebanyak lapan guni mengandungi benih kerang diletakkan di bahagian bahagian bonet kenderaan. 
"Setiap guni itu seberat 40 kg dan kerang boleh dijual pada harga RM7 sekilogram.

"Keseluruhan rampasan termasuk kenderaan adalah dianggarkan bernilai RM11,280," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kes kini diserah dan disiasat oleh Jabatan Perikanan kerana mengambil benih kerang atau kerang dewasa dari satu tapak kerang semula jadi atau kultur adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.

Jika sabit kesalahan, mana-mana individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya.- BERNAMA
ArticlePublished 17 Mar 2016 7.38 AMUpdated 15 Aug 2026 7.31 PM