Bukit Aman, 17 Mac –
Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang dikelolakan oleh Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT)
itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri’ Khalid Abu Bakar, Jabatan Sumber
Strategik dan Teknologi (StaRT), yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan
Logistik, merupakan tulang belakang dan nadi penggerak khususnya dari aspek
keperluan logistik,teknologi dan pengurusan kewangan kepada PDRM, sejajar
dengan hasrat PDRM selaku penguat kuasa utama undang-undang negara.
“Jabatan StaRT juga telah mengambil inisiatif bagi memastikan PDRM terus
relevan seiring ke arah memperkasakan ‘Modern Policing’ dan sasaran mencapai
“World Class Policing”, tambah beliau.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri 1,
Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Tuan Masir Kujat,
barisan pucuk tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri, menandatangani buku lawatan.
Sekitar Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Sekitar Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Sekitar Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Bergambar kenangan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Mesyuarat Bulanan Tpm Bersama Pdrm
Mesyuarat yang dikelolakan oleh Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-bulanan-tpm-bersama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.