oleh : Sjn Zaiddin Dahalan & L/Kpl Iqbal Nasruddin
Kuala
Lumpur, 17 Mac - Ketua Polis Hong Kong, Commissioner of Police, Mr. Lo Wai
Chung Stephen telah membuat kunjungan rasmi ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri
Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Bukit Aman pagi, tadi.
Ketibaan delegasi Polis Hong Kong di perkarangan Menara 1, Bukit Aman itu telah
disambut oleh Ketua Polis Negara bersama Timbalan Ketua Polis Negara dan
barisan Pengarah-Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sambutan penuh istiadat telah diberikan kepada Mr. Lo Wai Chung Stephen sebelum
beredar ke Bilik Tetamu KPN di Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.
Kunjungan rasmi tersebut merupakan sesi lawatan kerja terakhir delegasi sebelum
berlepas pulang ke Hong Kong tengahari ini.
Kawalan Kehormatan
Ketibaan Ketua Polis Negara
Ketibaan Ketua Polis Hong Kong
Memeriksa dan menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan
Bergambar kenangan...
Lawatan rasmi ke atas Ketua Polis Negara