Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cegah Gangsterism 62 Individu Ditahan

Published: 18 Jun 2014 12.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuching - Polis Sarawak menahan 62 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism dalam Operasi Pencegahan Jenayah sebagai usaha membendung jenayah berat yang dicetuskan oleh kum..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cegah-gangsterism-62-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT

Kuching - Polis Sarawak menahan 62 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism dalam Operasi Pencegahan Jenayah sebagai usaha membendung jenayah berat yang dicetuskan oleh kumpulan samseng.

Tujuan utama operasi tersebut dilakukan bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) serta memantau pergerakan mereka untuk men cegah jenayah.

"Operasi pencegahan jenayah yang bermula 17 Jun lalu ini juga bertujuan mengelakkan kejadian jenayah yang berlaku di Semenanjung menular ke negeri ini. "

Sehingga Isnin lalu, polis berjaya menahan 62 individu yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dan kesemua mereka terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism" katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, anggotanya menahan kesemua suspek itu menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap kenderaan di 28 daerah seluruh Sarawak.

"Sebenarnya operasi ini sama dengan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) yang dilaksanakan di Semenanjung dan dibuat dalam tempoh sama dengan operasi tersebut.

"Ini berikutan Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak diwartakan di Sabah dan Sarawak, namun pihak polis di dua negeri ini tetap menjalankan operasi pencegahan jenayah bagi mengesan mereka yang pernah menjadi tahanan " katanya.

Cegah Gangsterism 62 Individu Ditahan
Sumber : KOSMO


ArticlePublished 18 Jun 2014 12.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM