25 Wanita Vietnam Ditahan Dalam Op Cantas Di Puchong Jaya
Kuala
Lumpur, 28 Ogos - Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang
lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Op Cantas dan Noda di sebuah
pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong Jaya lewat malam
tadi.
Pegawai Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd
Isa berkata premis itu tidak memiliki lesen perniagaan manakala ruang
di dalamnya telah diubah suai dari satu tingkat menjadi dua tingkat.
"Walaupun
empat kali telah diserbu, namun mereka tidak menghiraukan arahan pihak
berkuasa dan berterusan menjadikan warga asing sebagai umpan untuk
menarik pelanggan ke premis tersebut," katanya.
Beliau
berkata selain menemani pelanggan (untuk minum), mereka juga menawarkan
perkhidmatan seks di luar premis mengikut kehendak pelanggan.
Kesemua
yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang ditahan di
bawah Seksyen 39B dan 55B Akta Imigresen kerana menyalahi syarat pasport
sebagai pelancong asing.
Selain
itu, pihaknya juga turut memeriksa 40 pelanggan yang berkunjung ke
premis berkenaan yang berumur antara 40 hingga 50 tahun ke atas.
Roslin
menambah untuk memastikan premis itu tidak beroperasi pada masa akan
datang, pihaknya akan memohon kepada agensi yang berkaitan untuk menyita
premis itu.
Serbuan yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam itu melibatkan dua pegawai dan 11 anggota pasukan keselamatan.
Sumber : BERNAMA