Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bungkusan Raya Kepada Perwira Pdrm

Published: 09 Jun 2014 8.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Bukit Aman, 18 September 2008 - Majlis Penyerahan Bungkusan Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bungkusan-raya-kepada-perwira-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:58 MYT

Bukit Aman, 18 September 2008- Majlis Penyerahan Bungkusan Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bungkusan tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada perwira-perwira pasukan yang menjalankan tugas di hari lebaran, samada di dalam mahu pun diluar negara.

Sebanyak 5,388 bungkusan disediakan oleh Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia untuk diagihkan kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada hari lebaran ini.

"Saya yakin, apabila mereka menerima bungkusan tersebut, sudah tentulah hati mereka akan tersentuh dan terharu kerana pengorbanan mereka diingati dan dihargai oleh keluarga, sanak saudara, masyarakat dan rakan sepasukan",

"Apabila mereka menerima bungkusan ini, akan dapat mengubat kepiluan dan kerinduan kepada orang yang tersayang kerana pengorbanan mereka dihargai".

Demikian kata Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj.Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara ketika berucap di majlis tersebut.

Terdahulu Puan Sri Hajah Suriati Md. Sobri Naib Pengerusi Perkep Malaysia telah menyampaikan bungkusan dari Perkep Malaysia kepada Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Ketua Polis Negara.

Pada majlis itu juga Tan Sri Hj. Ismail telah menasihati warga PDRM agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan berbelanja mengikut keutamaan dan tidak mengikut nafsu.

"Apabila dapat gaji dan bonus perlu diingat keperluan persekolahan anak-anak adalah lebih penting. Kata pepatah pada pecah periuk, biar nasi tumpah", nasihat Tan Sri Ismail agar warga PDRM memberikan keutamaan kepada perkara yang penting dan membawa manfaat yang menyeluruh daripada hanya untuk kegembiraan sementara sahaja.

Tan Sri Hj. Ismail turut menyerahkan bungkusan kepada Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Komander Briged Pasukan Gerakan Am, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Komander Unit Udara dan Ketua Trafik Persekutuan untuk diagihkan kepada pegawai dan anggota yang menjalankan tugas di hari lebaran.

Manakala Supt. Arshad Hj. Abdul Jalil Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM telah menerima bungkusan tersebut bagi pihak pegawai dan anggota yang bertugas di luar negara di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bungkusan Raya Kepada Perwira Pdrm
Puan Sri Hajah Suriati Md. Sobri Naib Pengerusi Perkep Malaysia menyampaikan Bungkusan Raya daripada Perkep Malaysia kepada Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara.

Bungkusan Raya Kepada Perwira Pdrm
Kuih Raya tanda ingatan dan penghargaan buat perwira-perwira PDRM yang bertugas di hari lebaran samada di dalam mahu pun luar negara disediakan secara bergotong royong oleh Perkep Malaysia dan Jabatan KDN/KA.

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM