Majlis Pelancaran Ops Sikap Xvii 17 2008
Shah
Alam - 23 September 2008. Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan
kerjasama Polis Diraja Malaysia telah melancarkan kempen tahunan Ops
Sikap yang akan berlangsung dari 23 September sehingga 8 Oktober 2008.
Kempen Ops Sikap XVII (Ke 17) ini dilancarkan oleh YDH DCP Dato' Abdul
Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I KDN/KA di Dataran Shah Alam.
Hadir
di majlis pelancaran tersebut ialah Y.Bhg Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua
Pegawai Operasi TM Retail, YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib,
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, mantan Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC
II Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Zaini bin
Diman, Pengurus Besar TM Selangor, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan
Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan Telekom
Malaysia Berhad.
Tahun
ini merupakan tahun ke - 11 berturut-turut TM mengambil bahagian
sebagai penaja di Ops Sikap. TM telah menyumbangkan sejumlah
RM250,000.00 bagi menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan
bahan-bahan publisiti merangkumi 7,000 poster, 100 bunting, 50 kain
rentang, 8,000 pelekat kereta, 30,000 pelekat motosikal dan 10,000 Buku
Maklumat Trafik PDRM.
Kempen
keselamatan jalan raya Ops Sikap ini diadakan di seluruh negara setiap
tahun pada musim-musim perayaan untuk mempromosikan cara pemanduan yang
berhemah dan bersopan santun di kalangan pengguna-pengguna jalan raya.
Kempen tahun ini bertemakan 'Pandu Berhemat, Semua Selamat' akan
memfokus kepada etika pemanduan yang selamat dan keselamatan jalan raya.
Bersempena dengan pelancaran Ops Sikap XVII, PDRM turut melancarkan talian bebas-tol Ops Sikap iaitu 1800 88 2677 yang
disumbangkan oleh TM. Para pengguna jalanraya boleh menggunakan talian
tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya,
meminta bantuan dan mendapatkan laporan jalanraya.
Ops Sikap XVII (Ke 17) ini akan lebih menekan kepada pendekatan secara 'Creative Enforcement' iaitu :-
1. Advocacy - Melalui tindakan saman dan nasihat.
2. Time Travel Advisory
- Maklumat Trafik mengenai waktu puncak dan waktu selesa untuk panduan
pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka dengan lebih awal. Ianya
dilakukan dengan kerjasama media elektronik.
3. Sector Concept
- mempertingkatkan penekanan, penguatkuasaan 'Perception Of Being
Caught (POBC)' terhadap motosikal, motokar dan pejalan kaki di sektor
Ops Sikap yang ditetapkan.
4. Intellegent-Led - Memfoluskan kawasan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan kemalangan.
5. Signages - Memaparkan papan tanda yang jelas, contohnya 'Zon Perangkap Had Laju'
Strategi
dan penguatkuasaan sepanjang Ops Sikap ini adalah berterusan dan
dilakukan secara 'Overt And Covert'. Namun begitu, PDRM masih
mengekalkan strategi yang digunapakai sebelum ini, iaitu melalui
pemantauan bas secara penyamaran, membuat rondaan menyeluruh terutama di
kawasan 'Accident Prone Area' dan pemantauan kamera litar tertutup
(CCTV) serta pemantauan melalui 19 menara pemerhati Polis di jalan-jalan
persekutuan dan juga lebuhraya.
Sempena
pelancaran tersebut, TM dan PDRM turut menganjurkan karnival dari 21
sehingga 23 September 2008 bertempat di Dataran Shah Alam. Antara
gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian termasuklah TM, yang
mempamerkan produk dan perkhidmatan TM dan juga gerai pameran PDRM yang
menyediakan sebuah kaunter untuk semakan dan pembayaran saman.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DI MUSIM PERAYAAN BERHATI-HATI
PANDU BERHEMAH, SEMUA SELAMAT

Antara hadirin yang hadir di Majlis Pelancaran Ops Sikap XVII 2008

Gimik pelancaran...dari kiri, YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH
DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I KDN/KA, Y.Bhg
Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua Pegawai Operasi TM Retail dan YDH SAC II
Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan.

Talian bebas-tol Ops Sikap iaitu 1800 88 2677 yang disumbangkan oleh TM.

Encik Mohamad Fuad bin Khusairi, Pengurus Besar Operasi Plus menerima Poster Kempen dari YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin

YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal

Melekatkan pelekat kereta di teksi...

Gerai pameran PDRM, kaunter untuk semakan dan pembayaran saman.